CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 15 March 2012

SUAI BATU NIAH


Hai sebagai membuka salam. Wah,banyak sungguh kisah saya sepanjang tidak bersekolah ini. Ada jak cerita kan. Semua benar-benar belaka yer…
Hari ini hari aku dimulakan dengan panggilan telefon daripada “member church”.  Saya diajak untuk menemaninya ke kampungnya di Suai,Batu Niah. Saya pun apalagi ok jak la. Punyalah saya memecut mandi pagi tadi. Hahahhahaha.. ada ku kisah ..??? sepanjang perjalanan malas saya nak cerita. Cuma ada pokok sawit yang tersayang jak yang terpacak di tepi-tepi jalan. Sampai sanakan,kepana lah saya rasa macam pernah pergi jak rumah panjang ini. Amboi,bertuah punya budak. Berangan!
Tidak pernah pun saya pergi. Sampai sana,kerana keboringan menunggu lauk-pauk yang belum masak, saya dibawa jalan-jalan keliling kampung. Saya dan kawan saya jalan pergi hujung kampung . kami pergi kat sungai yang ada kat situ. Dengan santainya,kami berdua mencuci mata melihat air sungai yang sangat tenang. Ada la dengar cerita ada “aki” kat situ. Tapi buat tak endah jak. Ada aku kisah. Dia muncul kata hail ah..hahah.. macam la berani sangat. Tengok sekali terus pecut! Hahaha.. lepas itu,dia mengimbas masa-masa lalu dia disitu. Mandi-manda kat situ semasa kecil. Lepas tu,saya tengok sekeliling,cantiknya alam. Sisa alam yang masih belum diterokai. Ada pokok yang sangat besar. Kalau lah saya ada canon,confirm saya ambik gambar tadi. Aishh..sayang sungguh.
Lepas tu,balik rumah panjang balik. Tidak disangka,tempat kami berdua melayan perasaan dikatakan “aki” sering berada kat situ. Tapi,tadi tak dia muncul. Kot dia syok sangat dengar cerita kami dua kot. Kami pun makan berlaukkan babi sup dan kacang panjang. Semua sedap rasanya apabila lapar sangat. Tepat pukul 4 petang,kami bertolak pulang. Sepanjang perjalanan balik,saya duduk sorang kat belakang. Fikiran saya banyak melayang. Saya bukan pandang rendah kan orang kampung. Tapi kasihan apa. Tak da bekalan air dan elektrik. Macam n amok hidup. Kalau saya disuruh duduk kat situ selama seminggu,agaknya dah lama saya rasa mok balik. Sangat susah. Kalau taka da hujan,mok pakai air mana. Bagi pengetahuan bala-bala menteri,mana kamu orang. Pergilah bantu penduduk pendalaman. Macam tu kamu orang balas jasa rakyat yang mengundi korang . kalau tak macam n amok maju. Apu!
Korang pernah naik motosikal dari Batu Niah pergi Miri.Saya memang sangat tidak pernah. Bayangkan. Kadang-kadang  hal itu bukan masalah kerajaan,tapi kesalahan diri sendiri yang malas bekerja. Tapi kasihan apa??? Suai bukannya jauh pun. Majukanlah. Jangan hanya majukan bangsa sendiri jak. Aigoo!! Macam mana Wawasan 2020 hendak dicapai jikalau macam tu???” tepuk dada,Tanya selera” ok!?:) lepas tu,tetiba muncul lagu “ku menungg u” dari Rossa.  Saya dengarlah lirik dia. Macam sama dengan situasi saya jak. Antara liriknya yang saya ingat “ HARUSKAH KU BILANG CINTA,HATI SENANG NAMUN BIMBANG,ADA CEMBURU JUGA RINDU, KU TETAP MENUNGGU” mak ai,,… sempat saya berjiwang. Saya suka lirik pertama dia tapi saya lupa. Saya rasa jika saya tinggal dan menyesuaikan diri kat kampung, saya rasa saya dapat banyak pengalaman dan mengenali erti kehidupan yang sebenar. Anak muda zaman sekarang goyang kaki jak. Pernah bersawah??? Confirm tak pernah. Tengok sawah pun tak pernah bukan. Apa boleh buat arus kemodenan terus menyerang!! Tidak dapat menyalahkan sesiapa.
Panjang betul karangan saya hari ini.hahhaa.. saya nak cakap sikit pasal dia. Tak perlu lah. Saya cakap saya rindu dengan dia jak la. Hari sabtu nie,kawan-kawan plkn akan kembali. Wah,tak sabar saya jumpa seseorang..heheh.. secret la.. :) sampai di sini sahaja coretan saya.
Enjoy yourself sementara masih ada,mana tau” kal ho na ho” maksudnya..mungkin esok tiada”..sekian J

No comments:

Post a Comment