“Life is just a like candle.” Bila sudah masa iya akan terpadam,tetepi lilin boleh dihidupkan semula tapi tidak sebuah kehidupan. Tujuan saya berkata sedemikian adalah kerana saya masih sebak atas pemergian bapa saudara saya. Tanpa kita sedari,semalam dia meninggalkan keluarga dia. Memang hidup ini tidak dapat kita bayangkan apa yang bakal berlaku seterusnya. Mendiang pada umur 42 tahun,meninggalkan dua orang anak yang sangat boleh dibanggakan dan seorang isteri yang sangat sempurna. Saya sangat terharu apabila melihat anak buah perempuan saya menangisi pemergian ayahnya. Sangat perit sehingga saya turut mengalirkan air mata bersama. Betapa dia menyayangi papanya. Walau bagaimanapun,saya percaya Tuhan pasti merencanakan sebuah kehidupan yang lebih baik untuk mereka sekeluarga. Saya Cuma berharap mereka beroleh kekuatan yang kekal dan sentiasa untuk berusaha untuk meneruskan hidup. Jangan berhenti mengejar impian dan cita-cita. Semoga roh uncle bahagia di alam sana.
“Miracle will happen in their family.”
GOD BLESS ALL OF YOUR FAMILY.
No comments:
Post a Comment