CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 5 February 2012

A LIFE

Adakah anda pelik membaca post saya kebelakangan ini???saya pun rasa pelik juga tapi di sini saya lebih selesa meluahkan segalanya tentang reality kehidupan .. aishhh…macam-macam rintangan yang dilalui.. kalau tak da cabaran,bukan hidup namanya.Pelbagai ragam saya telah temui… Memang benar..tidak semuanya sempurna seperti yang kita inginkan.Ada kalanya,sesuatu yang kita harapkan ,tersasar dari harapan kita. Apa yang ingin kita miliki tidak semuanya akan menjadi milik kita. Itulah kehidupan. Ubat yang paling mujarab untuk bertahan dalam kehidupan yang berliku adalah iman yang teguh dan kesabaran. Ada kalanya,kesabaran dapat menyelesaikan masalah.Jika seseorang berbuat jahat dengan kita,tidak seharusnya kita membalas.Jika kita bertindak untuk membalas,kita tiada bezanya dengan orang itu. Ubat “kesabaran” adalah segalanya. Kadang-kadang,keputusan yang kita ambil boleh membawa kebaikan dan binasa kepada diri kita.Oleh itu,saya lebih bersikap mendiamkan diri jika menghadapi sesuatu masalah.Saya tidak mudah untuk “sharing” walaupun dengan rakan sebaya atau ibu bapa.Saya lebih suka memendam tetapi jika masalah itu sangat rumit saya lebih suka meluahkan segalanya di diari saya.Ada kalanya,mungkin saya akan memberitahu masalah yang boleh dikongsi.Tapi janganlah engkau pelik jika aku hanya diam disaat kau berkongsi masalah atau menceritakan masalah mu.Aku memang seperti itu.Bukan aku tidak kisah tapi aku cuba untuk menelan masalah tersebut.Bukan bermaksud aku cuba mengingati semuanya supaya aku boleh menceritakan lagi kepada orang lain.Aku memang seperti itu….hahhaah..Aku pendengar yang setia…jika perkara itu penting buat aku,barulah aku akan bersuara.tetapi jika tidak akan “ku simpan suara emas aku”…hhhaha..pendiam???? Bukanlah..aku mungkin mudah merasa malu dan kekok tetapi aku mudah berkawan jika anda betul-betul berniat untuk berkawan…Alangkah bertuahnya orang yang berkulit agak gelap..tak Nampak wajah malu …kalau saya,mulalah merah pipi..aissshhh… sya cuba membaiki kekurangan saya… saya mudah malu..hahahah

No comments:

Post a Comment