CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 4 January 2012

MY 1ST ART

 FLOWER
무궁화[Mugunghwa] which is the rose of sharon symbolizes the spirit

                                                                                      and the will of Korean)



   Fwiiiiiiiiiitttt! “Masa menjawab telah tamat.Sila berhenti menulis.Pastikan anda menyusun kertas jawapan anda.Setelah siap,sila letak kertas jawapan anda di sebelah kanan anda”arah pengawas peperiksaan. Yuhhhhuuuuu… “Oi,kita bebas.Hari ini kan last day! Kami yang berdekatan ketawa melihat gelagat salah seorang rakan kami.Itulah saat paling bahagia dalam hidup.Kami kini bergelar “ex-Tingkatan 5” atau bekas pelajar Tingkatan 5.
Ouch!! “Apa kau buat termenung?Lain macam jak aku tengok nie.”tanya sahabat karib aku. “Mana da.Aku saja je tengok keadaan sekeliling. “Yalah tu,tengah mengenang orang yang jauh di mata.”
Baiklah.Saatnya untuk aku memperkenalkan diri.Aku Sofia Olgi yang berumur genap 20 tahun.Aku sedang menuntut di sebuah universiti di negeri bawah bayu.Terlalu banyak perkara yang telah  aku lalui sebelum aku menjejakkan kaki ke menara gading.Aku punya sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi.Sahabat ku sering menyakat tentang orang yang ku sayang.Lelaki itu telah menarik perhatian ku.Tanpa disedari aku mulai menyukainya.Setelah tamat persekolahan,aku bekerja bersama kawan karib ku iaitu,Ines.Memang seronok bekerja di bawah pedingin hawa,di dalam sebuah gedung yang besar,yang dikenali ramai.Ines mula bekerja lebih awal daripada aku.Dia pernah memberitahu aku bahawa dia berminat dengan seorang lelaki yang sama bekerja dengannya.Keadaan berubah apabila aku mula bekerja dengan Ines.Kelihatan seperti pelancong luar.Macam dari Korea,desis hatiku.Lalu dengan mulut yang ringan dan tak tahu malu,aku menyapa pelancong tersebut. “Anyeonghaeseyo!”Dengan perlahan aku menutur perkataan tersebut kerana risau tersilap sebut yang bermaksud hello.Pelancong tersebut tersenyum kepadaku.Aku tersipu malu.Mereka mengangguk tanda faham.Lega rasanya.Mereka membeli “kayaball” yang agak terkenal di tempat aku bekerja.Selesai itu,aku mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea seiring dengan senyuman ikhlas.Tanpa aku sedari,sepasang mata memandang aku dari tadi.Bukan Ines,tapi seorang pekerja lelaki yang tidak pernah berkomunikasi dengan Ines dan aku.Aku gugup apabila dia masih memandang aku.Aku sengaja berdehem lalu dia pergi ke arah stor.
Malu agaknya.Mulai hari itu,konflik sebagai remaja melanda diriku.Waktu rehat pun tiba.Aku memberitahu Ines bahawa aku mahu makan tengah hari di Mc Donald.Tiba-tiba,lelaki tersebut berjalan seiring dengan ku.Aku tidak menghiraukannya.Sampai di Mcd,aku membuat pesanan.Dia juga.Hairan.Kenapa dia menghampiri ku
“Dekat mana nak duduk” Aku tergumam mendengar suara lelaki itu buat pertama kalinya.Melihat aku tidak menjawab pertanyaannya,dia terus mengambil keputusan untuk duduk di sebalik tiang.Aku cuba mengelak supaya tidak duduk dengannya.Lelaki itu sangat asing bagiku.Namun,dia melambai-lambai ke arahku.Aku melangkah lemah ke arah mejanya.Dia tersenyum.Tanpa membuang masa,aku terus merasai santapan tengah hari ku.Tiba-tiba,dia bersuara.”Hai,saya Norman.Jangan silap.Saya bukan berbangsa Melayu tetapi saya kacukan Cina dan Lunbawang.Saya sekarang tengah menunggu tawaran dari sebuah syarikat.Saya mungkin jauh lebihtua daripada awak kerana saya sudah memiliki ijazah.” Pelik rasanya.Aku tak tanyalah,desis hati sombongku.
“Saya sering memerhatikan awak”.Santapan aku berhenti.”Saya suka melihat awak melayan pelanggan.Sikap awak yang ramah menarik telah menarik perhatian saya.Mungkin saya agak berusia,tapi tidak salah jika saya menyukai awak” Aduh,lurusnya lelaki ini.Aku terdiam sebentar.Aku meneguk air sebelum membalas pertanyaannya. “Saya bukan sombong atau apa.Saya hanya menganggap kamu sebagai kawan.Tidak lebih.Namun,ada hati yang lebih menyukai kamu.Kalau kamu mahu melihat saya bahagia,pergilah ke arah Ines kerana dia ikhlas menyukai kamu.”
“Hati kamu sudah dimiliki?”soalnya.Aku malas menerangkannya lalu aku hanya mengangguk.Dia bangun dan meminta diri.Aku lega.Selesai makan,aku kembali ke tempat kerja ku.Aku terkejut melihat keakraban mereka.Dalam sekelip mata,mereka sudah berbual seperti sudah kenal sejak azali lagi.Aku hanya tersenyum.Akhirnya,Ines dapat juga bersama dengan lelaki yang disukainya.Aku mula menjarakkan diri daripada Norman.Mustahil perasaan boleh hilang dalam sekelip mata.Tiga bulan telah berlalu,mereka kelihatan lebih akrab.Bahagianya.Saat itu,aku sedang mengambil bahan-bahan di stor.Aku terkejut apabila Norman berdiri tepat di depan ku.Dia memegang tanganku.Dia menyatakan bahawa dia sukar untuk melupakan aku. Aku lantas meleraikan pegangannya.Keesokkannya,aku memberitahu Ines bahawa aku berhenti bekerja atas alasan terlalu letih.Aku menatap wajah Norman buat kali terakhir.Kini,aku hanya menganggur duduk di rumah.Aku sering menatap computer ribaku.Aku mulai berhubung dengan lelaki yang ku sayang selama ini.Nama panggilannya adalah Will.Will sebaya denganku.Namun,dia menjual mahal sejak di bangku sekolah lagi.Aku semakin rapat dengannya sebelum aku melanjutkan pelajaran.Aku menganggap bahawa dialah cinta sejati aku.Tuhan itu Maha Adil dan Pengasih.Aku berada di tengah-tengah negeri bawah bayu.Pemandangan di sekitar universitiku sangat indah.Di sana,aku tidak keseorangan.Perkenalan aku dengan Daniel tidak berjalan dengan lancar pada mulanya kerana kekerasan hatiku.Sukar untuk aku membuka pintu hatiku untuk orang lain selain Will.Jiwangnya aku.Namun,Daniel tetap tidak berputus asa.Pertemuan kami berlaku di Kuching namun berputik di Sabah.Aku masih ingat saat itu.Aku dan rakan-rakan baru memasuki bangunan “The Spring”.Sekumpulan penyakat memerhatikan gerak geri kami.Mereka mula bersiul-siul seperti memikat burung.Aku berasa geram lalu menegur dengan bahasa kasar.Salah daripada mereka berasa tercabar lalu menghampiri aku.Aku berlagak berani.Dia mencapai kedua-dua lenganku lalu membawa aku ke sebuah dinding.Argggghhhhh..!!Geramnya.Dia ingat dia siapa.Tanpa membuang masa,dengan seluruh tenagaku,aku menendang tepat di tempat sensitifnya.Aku terlepas.Maaf,bisik hati kecilku.Aku sering tertawa sendiri apabila aku mengingat kembali peristiwa tersebut.Aku berasa bersalah semasa pertemuan kembali dengannya buat kali kedua.Dia sering menyakat aku tentang peristiwa tersebut.Aku hanya menahan sabar.Sepanjang pengajian aku,aku sering bersama Daniel.Kami mengambil jurusan yang sama iaitu Perubatan.Tanpa disedari,cinta berputik di antara kami.Aku enggan menafikannya kerana pada masa yang sama aku menyayangi Will.Daniel sering menanyakan tentang diriku kerana aku enggan menjadi teman wanitanya.Aku sering mengelak kerana aku malas hendak bercerita tentang diriku.Daniel hanya membiarkan aku atau lebih baik seperti memberi aku sedikit ruang untuk berterus terang.Setelah dua minggu,kami menjauhi sesame sendiri,aku sedari aku sedang merindui jejaki itu.Aku yakin dengan dirinya.Aku cuba mencarinya di sekitar universiti.Apabila aku melihat susuk tubuhnya yang bersendirian di atas bangunan,aku dengan beraninya memeluk tubuh itu dari arah belakang.Aku yakin dia pasti terkejut. “Kamu buat saya merindui kamu”bisik aku. Dia membiarkan aku.Kemudian,dia memalingkan wajahku ke hadapannya. “Apa maksud kamu?” Dia memandang tepat ke arah anak mata ku.Aku terkedu malu. Aku cuma mengangguk tanda setuju.Dia tersenyum lebar.Itulah saat yang kedua bahagia bagiku.Kami sering menghabiskan masa bersamanya membuat kerja rumah atau menelaah.Tanpa disedari,kami hamper ke garisan penamat.Kini,aku kembali ke tanah airku.Aku selesai pengajian dan aku hilang berita tentang Daniel.Pada saat itu,kami bekerja di bawah bumbung yang sama.Namun,setelah beberapa bulan di situ,aku diarahkan bekerja di Kuching.Aku masih ingat saat kami menabur janji untuk berjumpa.Aku kurang pasti kerana kembalinnya aku ke sana,aku akan bersama Will.Mutiara jernih aku sering kelihatan apabila aku sering mengimbau saat-saat aku bersama Daniel.
Tanpa pengetahuan aku,keluargaku telah merancang pertunangan aku dengan Will.Aku berasa serba salah.Aku memberi alasan bahawa aku masih bekerja dan belum bersedia lagi.Namun,kedua-dua pihak enggan akur dengan aku.Kalau disaat ini Daniel berada di samping ku,pasti dia ada jalan penyelesaian.Aku cuba menjejaki Daniel.Aku menelefon ke pejabat lamaku namun aku diberitahu bahawa Daniel sudah lama berhenti bekerja di situ.Aku menghubungi telefon bimbitnya namun tiada dalam perkhidmatan.Ke mana lagi harus ku cari jejaka ini.Adakah dia sudah tahu bahawa diriku akan bertunang?Tidak,tiada siapa yang kenal Daniel dalam keluargaku.Malangnya,aku tersepit di antara cinta lama ku.Masih tersisa buat Will.Will berbangsa Lunbawang.Sekali lagi Tuhan campur tangan dalam kehidupan aku.Ketika aku dan keluarga keluar membeli persiapan untuk pertunangan pada keesokannya,kami terserempak dengan Will sedang berpelukan dengan seorang perempuan.Kami terkejut.Aku dapat melihat perubahan wajah kedua-dua orang tuaku.Will menjelaskan semuanya kepada kami.Dia meminta maaf kerana tidak berterus terang lebih awal.Aku merasakan masa depan aku hanya kosong.Will,insan yang ku sanjung dan aku sayang sejak di sekolah menengah lagi telah berpaling dan mendirikan mahligai bersama perempuan pilihannya.Sungguh.Ines yang ku jumpa pada minggu lalu sudah berkahwin dengan Norman dan mempunyai sepasang cahaya mata.
Aku mengeluh tentang kehidupan aku.Akhirnya,aku meminta kebenaran daripada kedua-dua orang tua aku untuk pergi menuntut ilmu sambil bekerja.Aku membawa diri ke Korea dan meninggalkan Bumi Kenyalang.Aku bekerja di sebuah syarikat yang ternama di sana sambil menikmati keindahan Bumi Korea yang aku kagumi sejak kecil lagi.Sekarang,aku sedang bercuti khas atas perkhidmatan aku yang cemerlang.Musim bunga di Korea sangat tenang,cantik dan romantik.Aku teringin mahu melihat pokok jodoh yang berada di tengah-tengah Bandar Seoul.Aku pergi ke sana dengan bantuan perkhidmatan awam.Sangat menarik,pujiku.Aku melihat banyak pasangan berada di situ.
“Anyeonghaesayo” Aku terkejut.Hati aku hampir luluh dan melonjak keriangan.Aku cuba menyembunyikan rasa riak aku.Namun,aku yakin perasaan itu jelas terpancar di wajah aku.Aku tersenyum di saat jari jemari nya menyentuh jari jemari aku.Aku membiarkannya sahaja.Aku dapat merasakan debaran yang ku rasakan saat kali pertama aku berjumpa dengannya pada suatu ketika dahulu.Dia menarik aku ke dalam pelukannya.Betapa aku merindui pelukan itu setelah dia menghilangkan diri.Aku membiarkan dia mengucup kemas bibirku.Kami terdiam seketika.Saranghaeyo,ucapnya.Aku merasakan hidupku telah lengkap akan kehadirannya.Sungguh aku tidak menyangka kami dipertemukan ketika musim bunga di Bumi Korea.Aku mengenggam erat tangannya.Janji yang ditabur suatu ketika dahulu telah termeterainya di sini.Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.Kita tidak tahu masa depan kita.Namun,Tuhan tahu segalanya.


   
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.Tiada berkaitan dengan yang hidup …Mungkin ini pernah berlaku dalam hidup anda…Kisah ini hanya untuk mengisi masa lapang saya..
SELAMAT MEMBACA.

No comments:

Post a Comment