Alam perkahwinan aku tidak seindah mana.Tidak seindah perkahwinan Shin dan Chae-Kyung dalam drama bersiri Korea “Princess Hours”.Hal ini berlaku di atas timbulnya salah faham kepadaku.Aku mengenali Niel terlebih dahulu daripada abangnya,Mir.Niel tahu aku menyimpan perasaan terhadapnya namun dia tidak mempedulikannya.Sehinggalah pada suatu hari,dia meminta pertolongan aku untuk menjadi “teman wanita palsu.”
“Ara,please.Tolonglah aku.Mak aku nak jodohkan aku dengan perempuan lain.Aku mana nak sudi.Kenal pun tidak,”ujarnya.Aku menolak pada awalnya kerana aku sememangnya tidak pandai menipu.Atas alasan hubungan persahabatan yang telah kami jalin sejak di bangku sekolah lagi,aku telah bersetuju.Aku,Ara,bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah syarikat.Aku sangat gemar akan pekerjaanku.Bermain dengan bahan-bahan kimia.Agaknya.Pada malam itu,aku mengikuti Niel untuk makan malam bersama keluarganya.Rasanya macam makan malam pada Tahun Baru Cina sahaja.Niel memperkenalkan aku sebagai teman wanitanya.Ibunya kelihatan yakin dan percaya.Mulai saat itu,keluarga Niel mula merapatkan diri denganku.Mereka sudah berjinak-jinak menelefon aku.Aku mula rasa tertekan.Aku cuma berpura-pura.Niel mempunyai abang,Mir namanya dan seorang adik perempuan,Jia.Aku terkejut apabila nombor yang tidak ku kenali menelefon dan menyatakan hasratnya untuk bersua dengan aku.Mir.
“Mengapa dia beria-ia untuk berjumpa dengan aku” Aku tertanya-tanya sendirian.
“Hai,Ara.Bakal adik ipar aku.”Aku tersedak.
“Saya tahu apa yang sedang awak dan adik saya lakukan.Tolong jawab adakah kamu berdua hanya berpura-pura?”
“Mak ai!! Lagaknya mengalahkan detektif.Seperti berada dalam kartun Detektif Conan sahaja”,desis hatiku.
Aku hanya diam.Keesokkan harinya,ibu Niel mengajak aku dating ke rumah.Rupanya,dia mengajak aku melihat koleksi orkidnya.Namun,aku menyatakan aku kurang berminat.Aku dapat mengesan perubahan wajah apabila aku menyatakan bahawa aku lebih suka membela haiwan peliharaan.Jelas bercanggah minat kami berdua.Mir berada di belakang saat itu sambil mendengar perbualan kamu.Aku terdengar anjing menyalak lantas aku pergi kea rah situ.Aku mendapatkan anak anjing itu.Comelnya.Mir hanya di situ memerhatikan gelagat aku dengan anjingnya.
Pertemuan aku dengan abang long,Mir tidak setakat itu sahaja.Kami sering berjumpa dan makan bersama pada waktu makan tengah hari.Tujuannya untuk menyelesaikan masalah yang Niel dan aku timbulkan.Hubungan aku dan Mir sangat erat sehingga dia berani bertukar-tukar mesej dengan aku setiap malam.Aku menyedari tentang hal tersebut tapi aku endahkan.
Ibu Niel terkejut apabila Niel menceritakan segalanya tentang penipuan kecil kami.Wajah ibunya seakan-akan harimau yang akan menerkam mangsa bila-bila masa sahaja.Sejak itu,aku tidak lagi berhubung lagi dengan keluarga Niel.
Dua minggu kemudian,nama Mir tertera di kaca telefon bimbit aku.Hairannya.Mir mengajak aku untuk makan malam bersamanya.Aku lantas bersetuju.Malam itu,Mir menjemput aku.Aku malas untuk memandu.Nasib kami memang tidak bertuah.Hujan turun dengan lebat pada malam itu.Selesai makan,kami terpaksa meredah hujan beberapa minit sebelum sampai ke tempat keretanya diletak.Aku mengigil kesejukan.
“Lebih baik kita pergi ke apartment saya.Tak jauh dari sini.Kalau saya terus hantar awak,jauh tu.Demam pula nanti,cadangnya”
“Ok,jawabku ringkas”
Mir meneruskan pemanduannya.Tidak sampai 5 minit kami sampai.Mir mengajak aku masuk.Aku segan.
“Nak masuk rumah orang bujang kah?soal aku sendiri”
Tatkala aku bermain dengan fikiranku,aku merasakan kepalaku diusap.Mir membantu aku dengan mengeringkan rambut aku dengan sehelai tuala.Aku cuba menghentikannya.Aku dapat merasakan bahang di pipiku.
“Maaflah.Awak boleh mandi di bilik mandi atas.Saya dah letakkan baju dan seluar kat atas katil.Awak boleh guna dulu.Saya mandi dekat bawah sini dulu”ujarnya.Aku melangkah ke atasnya.
Ketawanya memecahkan suasana.Apa yang lucu.
“Saya dah agak dah.Baju tu sangat besar pada awak dan seluar itu sangat pendek.Maaflah,ini sahaja yang memadai”katanya.
“Ceh,perillah tu.Menyampah”jawabku.
“Mari sini.Minum dulu cokelat panas ni.Dapat kurangkan kesejukkan”jelasnya.
Aku sempat berfikir tika aku meneguk air buatannya.Hati aku rasa lain sangat.Apa aku mulai menyukainya??Ahh..,tak mungkin,desisku.Tiba-tiba,pintu rumah utama diselak.Serentak kami menoleh.Ibu Mir tercegat di muka pintu.
“Jadi,ini yang kau lakukan.Berdua-duaan dengan anak aku.Kau dah gunakan,kau dah sakiti anak aku,Niel.Dan sekarang kau nakkan abangnya pula.Memang dasar perempuan tak tahu malu.Perempuan murahan!!!,maranya”
Kesabaran aku terbatas pada malam itu.Pipiku masih lagi panas selepas ditampar oleh ibunya.Aku lantas keluar dari “kandang singa” itu.Sekali lagi aku meredah hujan.Aku masih marah dengan kata-kata nya.Terngiang perkataan itu.Sejak itu,aku mulai menyimpan dendam.Pantang untuk aku dihina seteruk itu.Aku benci!!
Mir sedaya upaya untuk memujuk dan meminta maaf pada diriku.Dia mengatakan bahawa dia mulai menyukai aku dan menyayangi aku.Sungguh ikhlas kata-kata itu dia ucapkan.Namun,kata-kata ibunya masih berbekas.Setelah berminggu aku menyepi,Mir mempelawa aku untuk makan malam sekali lagi.Saat itu aku berasa bahagia tatkala Mir melamar aku.
“I do”jawabku.Aku sudah memikirkan hal ini sekian lama.Tujuan aku hanya satu,untuk membalas perbuatan ibunya.Apabila aku menjadi sebahagian daripada keluarganya,mudah untuk aku membals kembali.Tujuanku tidak diketahui oelh Mir.Perkahwinan aku hanya diadakan ala kadar sahaja.Aku dapat melihat tanda protes terukir pada wajah ibunya.Aku menetap bersama-sama ibu mertua aku.Perang dingin sering berlaku di antara kami semasa Mir tiada di rumah.Jia lah yang selalu meleraikan perang kami.Ibu Mir sering memanggil aku perempuan murahan.Aku tidak tahan lagi hari itu.Tersembur kata-kata kesat aku kepada ibu mertua aku.
“Aku tidak mengoda anak-anak engkau,lembu!! Kau sedar lah sikit.Kau tu tua.Aku lanyak,habislah kau”ujar aku dengan marah.Hilang rasa hormat aku.Tanpa disedari,Mir berada di situ.Aku yakin dia mendengar segala apa yang aku katakan.Aku melangkah pergi ke atas.Dia mengikuti jejak aku.Sampai di bilik kami,Mir dengan pantas menampar aku berkali-kali.Aku hanya mampu menahan.Apa kan daya aku melawan tamparan seorang lelaki yang bergelar suami.Aku berlari keluar dari rumah.Aku tinggal di apartment aku sejak kejadian itu.Namun,pemergian aku hanya sehari.Aku kembali ke rumah itu.Dendam aku belum berbalas.Mir kelihatan gembira lantas dia memeluk aku.Malang memang tidak berbau.Sekali lagi,ibu memulakan perang.Puas Jia menghalang ibu namun ibu ingkar.Puas dia melontar kata-kata kesat kepadaku.Agaknya itulah kata-kata dia pendam selama ini.Mir mendengar segala-galanya.Aku bertekad untuk keluar dari rumah itu.Aku mengambil bagasi.Kali ini,aku tidak akan kembali.Lantas aku menuruni tangga.Aku mendengar Mir yang memanggil diriku.Tanpa disedari,ibu mertuaku menusuk sebilah pisau tepat sebelah kanan perut aku.Aku merasakan keperitan itu.Aku lantas keluar dan menaiki teksi untuk pergi ke rumah ibuku.Ibu membawa aku ke hospital.Aku kehilangan banyak darah.Keadaan aku berada betul-betul di hujung tanduk.Beberapa hari,keadaan aku mula stabil.Aku bernasib baik kerana lukanya tidak begitu dalam.Ibu memberitahu aku bahawa Mir ada dating melawat.Dia tahu.Pasti Jia yang memberitahunya.Kini,sudah empat bulan aku menetap bersama ibuku.Mir tidak pernah ke situ selama itu.Entah apa dia buat ketika ini.
Pagi itu,aku berasa sangat mual.Aku kerap keluar masuk ke tandas.Ibu takut melihat keadaan aku lalu dia menelefon doctor peribadi keluarga kami.
“Tahniah,anda hamil dua minggu,”kata doktor.
Setelah doktor dan ibuku keluar dari bilik aku,aku menangis sekuat hati aku.Ya Tuhan,cobaan apa yang kau cuba berikan kepada ku.Disaat ini kau berikan aku benih daripada keluarga yang enggan menerima diri aku.Aku bertekad untuk membesarkan anak aku dengan sendirinya.
Kini,kandungan aku berusia 8 bulan.Sangat besar dan berat.Sukar untuk aku bergerak Pagi itu,aku ke pusat beli-belah yang berhampiran dengan rumahku.Aku terserempak dengan Jia.Aku dengan seluruh tenaga aku cuba melarikan diri.Sejak pertemuan aku dengan Jia yang tidak disengajakan,aku sering resah.
“Abang,tadi Jia jumpa kakak.Abang ada zuriat.Perut kakak tadi besar.Dia guna baju mengandung”jelas Jia.
Mir hanya tersenyum.Aku tidak sabar menunggu saat-saat kelahiran anakku.Kadang –kala,aku berasa takut.Dapatkah aku lakukan tanpa suamiku disisiku.
“Mak,sakit!”.Ibu aku mendapatkan aku.Dia cuba menenangkan aku sepanjang perjalanan kami ke hospital.Di dalam wad beranak,aku menahan kesakitan yang teramat.Tidak dapat aku gambarkan.Aku melihat susuk tubuh Mir.Aku yakin ibuku yang memberitahu Mir.Aku menghulurkan tanganku ke arah Mir.Aku mengenggam erat tangannya.Aku mencari sumber kekuatan.Akhirnya,terdengar tangisan bayi perempuan aku.Aku hanya tersenyum lega.Kedua-dua kami selamat.Aku berasa sangat lemah ketika itu.Aku melelapkan mata ketika itu.Aku dipindahkan ke wad biasa.Apabila aku terjaga,aku melihat Mir sedang mendukung bayi kami.
“Mengapa sayang tidak pernah menceritakan soal bayi kita”tanyanya.
“Maaf”tutur aku perlahan.
Dia hanya tersenyum.
“Berjanji dengan abang bahawa sayang akan balik dengan abang selepas ini.Ibu pasti gembira melihat bayi kita”.Aku hanya mengangguk lemah.Aku memberi peluang kedua untuk ibu mertua aku.Setelah apa yang dilakukan kepadaku,aku tidak melaporkan bahawa dialah yang hampir meragut nyawaku.Tiba di rumah,kepulangan aku hanya disambut oleh Jia dan Niel.Mungkin ibu sudah disuruh bertoleransi dengan aku oleh Mir.Kini,bayiku berusia tiga bulan.Sangat cantik,Suzy.Kehadiran aku di rumah itu masih tidak diterima.Pada masa itu,aku sangat letih lalu aku terlelap.Aku mendengar suara tangisan lalu aku terbangun.Aku tidak melihat Suzy di sebelah aku.Aku cemas.Aku melihat ibu sedang bermain dengan Suzy.
“Ini bukan cucu aku.Ini bukan anak Mir.Kau perempuan kurang ajar.Kau kata ini anak Mir”tengkingnya.
“Ibu,itu memang cucu ibu.Anak Mir.Jangan apa-apakan dia.”ujar aku sambil air mata jernih aku mengalir.
“Akan aku bunuh anak ini”
Aku cuba menarik ibu jauh dari tangga.Mir datang lalu menyuruh ibu bertenang.Ibu dengan marahnya melempar bayiku ke bawah.Mir cuba menyambut Suzy.Berjaya.Aku pula menjerit separuh gila dari tadi.Jia tiada di rumah kerana ada kuliah.
“Abang,Suzy..Suzy”.Bergetar suaraku menyebut nama puteriku.Ibu aku hanya ketawa puas.Aku cuba tetapi tiada tindak balas.Mir dan aku ke hospital.Itulah perkara yang sangat aku takutkan.Sekelip mata,cahaya mata pertamaku diragut daripadaku.Kejam.Sungguh.Tidak akan aku maafkan.
Aku melarika diri sejak kejadian itu.Tidak sanggup au berdepan dengan keluarga pembunuh.Sungguh aku menyayangi Mir,namun setiap kali aku menatap wajahnya,wajah ibunya terpancar di situ.Perit untuk aku telan.Aku mengambil keputusan untuk tinggal bersendirian di villa keluarga aku.Hampir setahun aku disitu.Kosong.Tiada harapan untuk aku menjalani hidup yang bahagia.
Malam itu penuh kejutan buatku.Loceng pintu villa berbunyi.Siapa yang datang.Aku melihat wajah Mir.Perasaan rindu menghantui diriku.
“Ara sayang,lepas ini biarlah abang turut bersama sayang menghadapi apa jua masalah.Jangan sekali-kali melarikan diri seperti ini.”
Dia mengenggam jari-jemariku.Persoalannya,sanggupkah aku memaafkan insan yang ku sayang setelah apa keluarganya sendiri lakukan ke atas aku dan anak aku.Aku belum menerima keadaan.Tidak pernah terlintas untuk memaafkan ibu.
BERSAMBUNG….
*ADAKAH ARA AKAN HIDUP BAHAGIA BERSAMA MIR?ADAKAH MIR AKAN MENDAPAT CAHAYA MATA SEKALI LAGI?APA YANG BERLAKU SETERUSNYA…..
*CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA.HANYA IMAGINASI.SEKIAN.
No comments:
Post a Comment