CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 12 January 2012

PENGORBANAN PART II

   Sebagai tanda aku menghormati seorang suami,aku membenarkan Mir masuk.Aku dapat merasakan insan di hadapan aku pada masa ini sangat merindui aku selepas pemergian ku yang hamper setahun.
“Ibu beritahu yang saya dekat sini?”Tanya aku.Dia mengangguk.Aku mengeluh.Sejak itu,Mir tinggal bersamaku di villa tersebut.Walaupun kami serumah,sebilik dan sekatil,mulut aku berat menyapanya.Sepanjang Mir ada bersama ku,tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutku.Aku hanya mendiamkan diri.Belum bersedia lebih tepat.Bukan merajuk.Walau bagaimanapun,Mir tetap sabar melayan kerenah aku yang boleh disamakan budak tadika.Langsung aku tidak mempedulikan perasaan Mir.Disaat kami duduk berdua-duaan di rumah tamu,menonton televisyen,aku hanya mendiamkan diri sebaliknya Mir cuba berkomunikasi dengan aku.Mir sering memasak sarapan pagi,membangunkan aku.Bukan aku malas membuat kerja rumah tetapi aku masih enggan untuk bersua dengannya.Marah???Siapa yang tidak punya perasaan benci dan marah apabila orang tua kita sendiri mencelakakan keluarga yang kita sayang.Setiap hari,hanya suara Mir yang kedengaran dalam rumah tersebut.Mir cuba berbaik-baik dengan ku.
Sifat kaum Hawa memang tiada tandingannya.Aku mula tersentuh dengan setiap apa yang dia lakukan supaya aku memaafkan keluarganya.Mungkin bukan saatnya.Aku mula rasa bersalah dan tertekan.Sungguh aku tidak seharusnya memperlakukan suami sendiri seperti itu.Aku sering menangis sendirian tatkala Mir pergi bekerja.Adakalanya aku terfikir untuk pergi sekali lagi.Laratkah aku?Berani kah aku?Tegar kah aku menjalani kehidupan seorang diri?? Iklan di televisyen menarik perhatian aku.Kemasukan pelajar bagi bidang perubatan.Sejak kecil lagi,aku mula  berminat dengan dunia perubatan.Aku ingin menjadi seorang doktor atau “researcher” di makmal.Memang perjalanan aku ke negara ini sebahagian daripada rencana Tuhan.Aku terbang bebas sementara bagi menghilangkan derita yang ku tanggung dan demi mencapai cita-citaku.Sekali lagi aku tinggalkan orang yang ku sayang.Tapi kini aku tiada memberitahu sesiapa ke mana arah tuju aku mahupun kepada ibu ku sendiri.Aku tidak mahu lagi dikejar.
“Abang,pertama sekali,Ara nak minta maaf.Ara rasa bersalah sangat atas perbuatan Ara yang tidak mempedulikan abang.Sekarang,biarkan Ara terbang bebas mencari tujuan hidup dan mengubati hati Ara dengan sendirinya.Usah abang mencari kerana suatu saat Ara pasti kembali di samping abang.Salam buat abang.

Isterimu,
ARA.
Hanya sehelai surat aku tinggalkan.
Kini,aku menetap di negara kedoktoran,London.Belasan tahun aku di negara orang.Belasan tahun aku menempuh pelbagai onak duri di tempat asing bagiku.Semangat aku kuatkan.Pelbagai ragam ku temu.Menarik mungkin bagi orang yang berhijrah.Tetapi tidak bagi aku.Sangat pahit untuk aku telan.Namun,kekuatan yang luar biasa telah Tuhan berikan kepadaku.Pada mula aku menjejakkan kaki di sebuah negara metropolitan ini,aku merasakan debaran dan sering membayangkan apa yang akan berlaku selanjutnya.Aku menetap tidak jauh dari tempat aku menimba ilmu, UCL Medical School.Tiada peraturan khusus di situ.Aku yang berstatus sudah berkahwin  masih boleh menyerap ilmu di situ.Hidup aku tidak kosong dan sunyi disebabkan kehadiran jiran aku yang cukup baik dan peramah.Tidak susah untuk aku berkomunikasi dengan mereka kerana mereka juga berasal dari Malaysia.Hari-hari selepas kuliah atau masa- masa senggang aku dihabiskan dengan bergelak ketawa dengan anak-anak jiran aku.Semuanya masih kecil.Bahagianya.Walaupun aku sering terbayangkan arwah anakku tetapi aku berasa senang dengan kehadiran mereka.Sedikit demi sedikit hati aku mulai terubat.Aku pernah meluahkan segala yang terbuku di hatiku kepada mak cik sebelah rumah ku.Berkat nasihat dan bimbingannya,aku masih berdiri tegar di negara ini.Siapa kata aku tidak merindui insan yang ku sayang jauh di sana.Namun,aku belum menemui kekuatan untuk kembali ke tanah air ku.Pengajian aku tamat dengan cemerlang.Kini,aku bergelar Prof.Ara.Wah,bestnya.Segala yang ku impikan kini sudah berada di genggamku.Tidak ku pernah menyangka cita-cita setinggi Gunung Everest dapat ku capai.
Aku sedang duduk termenung di beranda.Mak cik sebelah duduk berdekatan dengan aku.
“Ara,you tidak pernah terfikir untuk balik??You know what I mean.Your home.”sungguh jelas longhat British nya.
Mutiara jernih mula membasahkan pipiku.Dia memeluk aku dan cuba menenangkan aku.Pelukannya mengingatkan aku akan pelukan hangat ibuku.
10 JUNE,terpahat tarikh itu dalam ingatan ku.Hari itu aku memutuskan untuk meninggalkan negara metropolitan ini.Kini,aku kembali ke masa lampau aku.Belasan tahun ku pergi,terlalu banyak perubahan yang terjadi.Banyak bangunan pencakar langit berdiri gah di setiap pelusuk.Tanah pusakaku.Aku memutuskan tidak memberitahu sesiapa tentang kepulangan aku.Aku kembali ke villa yang aku tinggal dahulu.Kosong.Agaknya Mir meninggalkan villa itu sejurus pemergian aku.Aku mengambil masa untuk berehat seketika.Jari jemari aku ligat menekan alat kawalan televisyen.Aku terkejut melihat wajah Mir tertera di kaca tv.Seorang jutawan muda dan juga selaku CEO Syarikat yang termasyhur di Malaysia.Sungguh merindukannya.Aku tersenyum lebar.Kini,dia sudah berjaya.Adakah masih terselit perasaan sayangnya untuk aku.Wajah Mir juga turut berubah.Dia sudah menyimpan sedikit misai.Keesokannya,aku ke tempat ibu aku.Ibu aku terkejut dengan kehadiran ku.Dia memeluk erat dan menciumku.Hati aku masih untuk bertemu dengan keluarga sebelah suami aku.Aku bertekad pergi ke syarikat Mir.Aku hanya memerhatikannya dari jauh.Sepanjang aku memerhatikannya,aku tidak sedar bahawa dia juga memerhatikan aku.Aku terkejut saat jari-jemari aku digenggam.
“Akhirnya,sayang kembali juga.Abang tunggu sayang lama sangat.Kesetiaan dan perasaan sayang abang tidak pernah berubah.”
Aku merasakan akulah wanita yang sangat bertuah di muka bumi ini.Segala penderitaan yang aku alami selama ini diakhiri dengan kebahagiaan.Hari ini merupakan hari lahir ibu mertua aku.Aku,Mir,Niel dan Jia melawat ibu mertua aku.Mungkin balasan atas semua perbuatannya atau pengajaran daripada Tuhan,ibu mertua aku telah meninggal dunia akibat serangan strok.Bukan bermaksud aku gembira dengan pemergiannya,malah aku berasa lebih bersalah kerana tidak sempat meminta maaf.Aku dan Mir membina hidup kami kembali.Aku kembali ke negara metropolitan dan kami bekerja di sana sejak cawangan syarikat Mir mula berjinak di negara tersebut.Mudahlah Mir untuk berurusan kelak.Niel kini masih bujang.Jia kini telah menjadi peguam perempuan yang terhebat di Malaysia.Segala kejayaan mereka dan aku telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil ,asalkan kita rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.



TAMAT.Silakan dengan senang hati bagi pendapat .

No comments:

Post a Comment